Friday 30 March 2012

Format Asas Sebuah Buku Log

Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)


Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.
Contoh luar buku log
Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut
Halaman kedua
Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.
Nota :
Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.
Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.

Ruangan Catatan di setiap muka surat


Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
(1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
(2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
(3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)


Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.

Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log
Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log



Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log


Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log


Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan


Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?

Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
(1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
(2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
(3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
(4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.


Kesimpulan
Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.
Sumber :
scoutinginsabah.blogspot.com

Pentarafan Pengakap Raja

Seseorang Pengakap perlulah terlebih dahulu menghadiri Ujian Sikap Pengakap Raja sebelum layak menghadiri Pentarafan Pengakap Raja.

Pentarafan Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan yang dijalankan di peringkat negeri yang berlangsung selama 3 hari dan 2 malam. Dalam tempoh itu, seseorang calon akan diuji dalam : -
1. Kawat
2. Simpulan & Ikatan
3. Pertolongan Cemas
4. Pemetaan
5. Masakan Rimba
6. Projek Perintis

Seseorang calon diwajibkan membina sebuah tapak perkhemahan kembara dan akan ditemuduga oleh Ketua Pentaraf.

Seseorang calon juga dikehendaki : -
1. menyediakan jadual semua simpulan & ikatan yang telah dipelajari
2. membuat peti pertolongan cemas
3. model projek perintis
sebelum perkhemahan dijalankan

Secara ringkasnya, semua ilmu berpengakap telah dipelajari sebelum ini akan diuji semasa Pentarafan Pengakap Raja.

Ujian Sikap Pengakap Raja

Demi layak untuk mengambil Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Anugerah Rambu Pengakap Remaja.

Ujian Sikap Pengakap Raja terdiri daripada 5 bahagian utama iaitu : -
A. Tanggungjawab
B. Khidmat Masyarakat
C. Berdikari & Perkhemahan Pengembaraan
D. Kegiatan
E. Ekspedisi

Ujian Sikap Pengakap Raja merupakan suatu perkhemahan pengembaraan yang dijalankan di peringkat daerah yang berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Dalam masa itu, seseorang calon akan : -
1. mengembara kira-kira 80 km
2. menjalankan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya 24 jam
3. melawati tempat-tempat bersejarah
4. diuji sikapnya sepanjang perkhemahan pengembaraan
5. melakukan pelbagai aktiviti berpengakap

Anugerah Rambu Pengakap Remaja


Demi melayakkan diri menerima Anugerah Rambu Pengakap Remaja, seseorang Pengakap mestilah telah memegang 5 Lencana Tertinggi Pengakap Remaja selama 3 bulan dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.

Pesuruhjaya Daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap layak.

Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Remaja sebelum Anugerah Pengakap Raja.

Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.

Lencana Perkhidmatan


Sebelum layak mendapatkan lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Ekspedisi.

Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

1. Pilih 1 daripada berikut : -
    -  Pertolongan Cemas
    -  Pemadam Api
    -  Penyelamat Nyawa
2. Khidmat Masyarakat 24 jam

Lencana Ekspedisi


Sebelum layak mendapatkan lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Kegiatan.

Untuk mendapatkan lencana ini, seseorang perlu melibatkan diri dalam 1 ekspedisi berikut dan sediakan Buku Log Ekspedisi : -

A. Berjalan kaki 40 km
B. Berperahu /berkayak 16 km
C. Berakit 30 km
D. Mendaki bukit / gunung

Lencana Kegiatan


Sebelum layak mendapatkan lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Kemahiran.

Untuk lulus Lencana Kegiatan seseorang Pengakap perlu pilih dan lulus 1 kategori berikut : -

A. Pementasan
B. Bertukang Kayu / Logam
C. Tarian kebudayaan
D. Kraftangan / Kerjatangan
E. Seni Mempertahankan Diri
F. Muzik
G. Urusetia
H. Pertanian
I. Komputer

Lencana Kemahiran


Sebelum layak mendapatkan lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Jayadiri.

Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

1. Asas Perbarisan, Kawat Tongkat dan Membawa Bendera
2. Simpulan & Ikatan : -
    -  Simpul Tapak Kucing
    -  Simpul Raga
    -  Simpul Serban
    -  Simpul Buaian
    -  Lilit Berkas Tingkat
    -  Genggam Monyet
    -  Sambat Pendek
    -  Ikat Seraya Jepun
    -  Ikat Serong Filipina
    -  Takal Tali
3. Takal & Pancang
4. Projek Perintis
5. Pemetaan
6. Ilmu Ikhtiar Hidup
7. Tapak haiwan dan plaster cast
8. Penganggaran
9. Lakukan 1 yang berikut : -
    -  berenang 50 meter dan melempar tali
    -  Abseil / rappel
    -  12 halangan komando

Lencana Jayadiri


Sebelum layak mendapatkan lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Keahlian.

Untuk lulus Lencana Jayadiri seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -

1. Fungsi Parlimen
2. Bendera semua negeri Malaysia dan Lambang Negara dan Negeri
3. Fungsi sebuah agensi kerajaan
4. Peta kawasan Parlimen Negeri dan Ahli Parliman

Anugerah Rambu Pengkap Muda


Demi melayakkan diri menerima Anugerah Rambu Pengakap Muda, seseorang Pengakap mestilah telah memegang Lencana Jaya selama 3 bulan dan menunjukkan sikap serta tingkah laku yang baik dan boleh dicontohi.

Pesuruhjaya Daerah ataupun penolongnya akan memberikan anugerah ini apabila seseorang Pengakap layak.

Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi bagi Pengakap Muda sebelum Anugerah Pengakap Raja.

Wisel dipasang pada Rambu sekiranya penerima Anugerah merupakan Ketua Patrol atau Penolong Ketua Patrol.

Lencana Jaya


Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Maju, tiga Lencana Kemahiran serta tiga Lencana Perkhidmatan terdahulu.

Lencana ini diberi mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalan menalankan tanggungjawab dan kepimpinan.

Untuk lulus Lencana Jaya seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi Biro Pengakap Sedunia dan Biro Wilayah Asia Pasifik
2. Sejarah tertubuhnya Malaysia
3. Jata Kebangsaan dan Lambang Negeri
4. Tugas kerja Dewan Undangan Negeri
5. Mengenali Ketua Pengakap Negara dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan
2. Kawat tongkat semasa berjalan
3. Halangan komando
C. Pepimpinan
1. Menghadiri Kursus Ketua Patrol atau melatih 2 orang untuk Lencana Maju
2. Kebolehan : -
    -  Merancang dan menjalankan pengembaraan
    -  Merancang Malam Pengakap
    -  Menjalankan Mesyuarat Ketua Patrol
3. Membawa bendera
D. Kejayaan
Lakukan 1 kemahiran daripada Kumpulan I, II, III dan IV

Kumpulan I - Cabaran
1. Lakukan 1 : -
    -  Mendayung perahu
    -  Melayarkan sampan layar
2. Mendaki bukit
3. Berbasikal 30km

Kumpulan II - Amali
1. Pekerjaan tangan / tukang gambar
2. Mekanik
3. Kod fonetik antarabangsa
4. Khidmat masyarakat

Kumpulan III - Kesungguhan

1. Pengembaraan 10km
2. Gimnastik / seni mempertahankan diri
3. Membuat bekalan dari makanan kering
4. Melakukan 1 berikut : -
    -  memanah
    -  memancing
    -  kajian barang purba
    -  kajian isi bumi
    -  pemeliharaan alam sekitar
5. Simpulan & ikatan : -
    -  Simpul Abah-abah
    -  Lilit Tindih Kejap
    -  Simpul Ngah
    -  Tindih Kasih Air
    -  Ikatan Pengail
    -  Sambat Mata
    -  Lilit Ular / Kacang
    -  Ikat Silang Tungku
6. Mendirikan pondok sementara
7. Projek perintis

Kumpulan IV - Masyarakat
1. Menyedia, memasak dan melayan
2. Petunjukkan hiburan amatur
3. Perkhidmatan dan menjalankan Malam Pengakap
E. Perkhidmatan
1. Kegunaaan kayu tuap
2. Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut
3. Perkhidmatan 6 jam
Lencana Maju


Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah terlebih dahulu mendapatkan Lencana Usaha dan dua Lencana Kegiatan

Lencana ini diberi sebagai mengakui kemahiran, kegemaran luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan.

Untuk lulus Lencana Maju seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
1. Organisasi MPD, MPM & PPM
2. Melukis bendera semua negeri Malysia
3. Nama penuh PN, PD & PPD
4. Undang-undang Pengakap
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Latihan asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Upacara mengibarkan dan menurunkan bendera
4. Memanjat tali / pokok
C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak dan gergaji
2. Teknik menggunakan kapak
3. Simpulan & ikatan : -
    -  Tindih Kasih Ganda
    -  Belit Lucut
    -  Lilit Pasdul
    -  Simpul Kerusi
    -  Lilit Pemati Selit
    -  Simpul Kepala Lalat
    -  Sambat Balik
    -  Ikat Silang Gunting
4. Memasak masakan rimba
5. Model projek perintis
6. Kajian 1 perkara berikut : -
    -  Burung, binatang dan pokok tempatan
    -  Lawatan bangunan / kawasan penting
    -  Kawasan tempatan
7. Berkhemah tidak kurang daripada 8 malam
8. Langkah keselamatan berenang
9. Langkah keselamatan kegiatan kerja luar
10. Melakukan 2 perkara berikut : -
    -  Dapur gas, lampu gas / dapur minyak tanah
    -  Keperluan berkhemah
    -  Memasak untuk 2 orang
D. Pengembaraan
1. Jenis kompas dan membaca bereng
2. Sistem kontur, rujukan grid, dan kunci peta
3. Mengembara 8km
4. Ikhtiar hidup
E. Perkhidmatan
1. Balutan
2. Tindakan kecemasan
3. Memanggil Polis, Bomba dan Ambulan
4. Khidmat sukarela


Lencana Usaha


Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap mestilah mendapatkan Lencana Keahlian terdahulu.

Lencana ini diberi mengakui minat dan kegemaran luar seperti berkhemah, memasak, mengembara dan lain-lain.

Untuk lulus Lencana Usaha seseorang Pengakap perlu lulus ujian-ujian berikut : -
A. Cita-cita Pengakap
1. Bendera Malaysia dan Bendera Negeri masing-masing
2. Lagu Negaraku dan lagu negeri masing-masing
3. Menaikkan bendera
4. Nama orang-orang kenamaan
5. Persetian Pengakap & Undang-undang Pengakap
B. Kecergasan dan Kesegaran Jasmani
1. Asas perbarisan
2. Kawat tongkat
3. Isyarat-isyarat tangan Pengakap
4. Halangan komando
5. Melipat dan mengibarkan bendera
C. Kemahiran Berpengakap
1. Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
2. Simpula & ikatan : -
    -  Simpul Himpit
    -  Simpul Pulih
    -  Bunga Geti Ganda
    -  Lilit Balak
    -  Lilit Taut-line
    -  Ikat Seraya
    -  Ikat Serong
3. Undang-undang Lalulintas Jalanraya
4. memilih tapak perkhemahan
5. Keperluan peribadi untuk berkhemah
6. Alatan pertolongan cemas peribadi
7. Menghidupkan api
8. Berkhemah sekuran-kurangnya 1 malam
9. Arah mata angin dan mengenali peta topo
10. Isyarat sulit Pengakap
11. Mengembara 6km
D. Kecenderungan dan Minat
1. Kraftangan
2. Plaster cast
3. Rekod 12 orang sahabat pena
E. Perkhidmatan
1. Balutan anduh
2. Tindakan kecemasan
3. Memandu orang
Program Latihan Pengakap Laut Malaysia PDF Print E-mail
 
Oleh: Mohd Hilmi Abu Bakar
alt
Pengakap Laut adalah salah satu daripada cabang Pergerakan Pengakap sejak era awal penubuhannya. Pengasas Pergerakan Pengakap iaitu Lord Baden-Powell lahir dalam sebuah keluarga yang kaya dengan tradisi kelautan. Datuk di sebelah ibunya iaitu Laksamana William Henry Smyth adalah panglima tentera laut semasa Perang Nepoleon dan merupakan seorang ahli hidrografi dan astronomi yang masyhur. Abang beliau, Warington Baden Powell pula adalah seorang pelaut komersil dan pengasas pelayaran keno. Warington kemudiannya telah diamanahkan oleh Lord Baden-Powell untuk mengasaskan Pengakap Laut.
 
Perkhemahan percubaan pertama di Pulau Brownsea pada 1907 menunjukkan bahawa elemen kelautan adalah amat dipentingkan dalam Pengakap.  Lencana “Seaman” telah dijadikan sebagai salah satu daripada lima lencana terawal yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap. Lanjutan daripada itu, Warington Baden Powell telah menggariskan konsep Pengakap Laut di dalam sebuah Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911. Sejak detik tersebut, Pengakap Laut telah berkembang ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang mempunyai perairan termasuklah di Malaya dan Borneo.
 
Sejarah negara merekodkan bahawa Pengakap Laut telah bertapak sejak sekian lama di negara ini terutamanya selepas Perang Dunia Kedua dan terbabit secara aktif dalam sambutan pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Malaysia mempunyai banyak kelebihan untuk penganjuran aktiviti Pengakap Laut kerana negara ini dikelilingi laut, mempunyai banyak sungai dan tasik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan maritim yang membolehkan pelbagai aktiviti dan latihan kelautan yang menyeronokkan dianjurkan dari semasa ke semasa.
 
Pengakap Laut di Malaysia dibahagikan kepada tiga unit iaitu Pengakap Muda Laut (bagi pelajar menengah rendah), Pengakap Remaja Laut (bagi pelajar menengah atas) dan Pengakap Kelana Laut (bagi ahli dewasa dan lepasan sekolah menengah). Tiada unit Pengakap Laut ditubuhkan bagi Pengakap Kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti Pengakap Laut dijalankan mengikut skim latihan yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Kita amat bertuah kerana Skim Latihan Pengakap Laut yang baru telah dilancarkan pada 23 Januari 2011 dan menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli Pengakap Laut.

LOGO & BENDERA

MAKSUD LOGO PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU

  1. Terdapat 3 kelopak pada lambang pengakap yang membawa maksud Persetiaan Pengakap iaitu: "Taat kepada TUHAN, Raja dan Negara", "Menolong orang pada setiap masa", "Menurut undang-undang Pengakap".
  2. Di dalam Kedua-dua kelopak terdapat bintang pecah lima (Berwarna Hijau) menandakan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap".
  4. Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua Negeri-negeri dalam Malaysia".
  5. Sauh dan tali yang terikat padanya menandakan ilmu-ilmu berkaitan perkapalan dan pelayaran adalah bidang yang diterokai dan dipelajari menerusi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut).
  6. Pelampung bermaksud ilmu pertolongan cemas dan keselamatan di laut menjadi salah satu cabang pembelajaran kepada ahli-ahli Kelana Laut G.
  7. Kuda Laut yang berbentuk seakan "69" mewakili tahun kelahiran bagi dua orang pengasas Kelana Laut G iaitu Mohd Rosdi bin Abd. Razak & Ahmad Fadzil b. Mohd Fahmi.
  8. 3 baris jalur air yang berolak di belakang Logo Pengakap menandakan 3 cabang pengakap yang ada di Malaysia iaitu Pengakap Darat (Umum), Laut dan Udara di samping warna biru tua pada jalur air tersebut mewakili warna utama Pengakap Laut.
  9. Warna biru muda di bahagian latar belakang logo melambangkan keamanan.
  10. Ikatan buku sila yang mengelilingi keseluruhan logo menandakan ikatan persaudaraan yang wujud melalui aktiviti kepengakapan merangkumi keseluruhan Persaudaraan Pengakap Dunia.
  11. Warna Kuning merupakan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta ianya melambangkan Pengakap tertakhluk kepada Sistem Raja Berperlembagaan.
  12. Warna Putih mencerminkan peribadi ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G yang bersih dan baik budi pekerti.
  13. Warna Merah adalah simbol keberanian setiap ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G dalam menempuhi cabaran dunia dan kesediaan mereka untuk "Berkhidmat Melalui Kepengakapan".
  14. Selain itu warna Kuning, Hijau, dan Merah yang terdapat pada Logo Pengakap menandakan unit-unit pengakap iaitu "Pengakap Kanak-Kanak", "Pengakap Muda" dan "Pengakap Remaja" yang perlu dibimbing dan dididik oleh Pengakap Kelana.  

sejarah pengakap laut

SEJARAH PENGAKAP LAUT MALAYSIA



Pengakap Laut adalah salah satu daripada cabang Pergerakan Pengakap sejak era awal penubuhannya. Pengasas Pergerakan Pengakap iaitu Lord Baden-Powell lahir dalam sebuah keluarga yang kaya dengan tradisi kelautan. Datuk di sebelah ibunya iaitu Laksamana William Henry Smyth adalah panglima tentera laut semasa Perang Nepoleon dan merupakan seorang ahli hidrografi dan astronomi yang masyhur. Abang beliau, Warington Baden Powell pula adalah seorang pelaut komersil dan pengasas pelayaran keno. Warington kemudiannya telah diamanahkan oleh Lord Baden-Powell untuk mengasaskan Pengakap Laut.

Perkhemahan percubaan pertama di Pulau Brownsea pada 1907 menunjukkan bahawa elemen kelautan adalah amat dipentingkan dalam Pengakap. Lencana “Seaman” telah dijadikan sebagai salah satu daripada lima lencana terawal yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap. Lanjutan daripada itu, Warington Baden Powell telah menggariskan konsep Pengakap Laut di dalam sebuah Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911. Sejak detik tersebut, Pengakap Laut telah berkembang ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang mempunyai perairan termasuklah di Malaya dan Borneo.

Sejarah negara merekodkan bahawa Pengakap Laut telah bertapak sejak sekian lama di negara ini terutamanya selepas Perang Dunia Kedua dan terbabit secara aktif dalam sambutan pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Malaysia mempunyai banyak kelebihan untuk penganjuran aktiviti Pengakap Laut kerana negara ini dikelilingi laut, mempunyai banyak sungai dan tasik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan maritim yang membolehkan pelbagai aktiviti dan latihan kelautan yang menyeronokkan dianjurkan dari semasa ke semasa.

Pengakap Laut di Malaysia dibahagikan kepada tiga unit iaitu Pengakap Muda Laut (bagi pelajar menengah rendah), Pengakap Remaja Laut (bagi pelajar menengah atas) dan Pengakap Kelana Laut (bagi ahli dewasa dan lepasan sekolah menengah). Tiada unit Pengakap Laut ditubuhkan bagi Pengakap Kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti Pengakap Laut dijalankan mengikut skim latihan yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Kita amat bertuah kerana Skim Latihan Pengakap Laut yang baru telah dilancarkan pada 23 Januari 2011 dan menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli Pengakap Laut.

 Gambar: Logo Rasmi Pengakap Laut Malaysia

Thursday 29 March 2012

ASAS PERBARISAN - PENGAKAP-


Asas Perbarisan

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.

Masuk Baris

Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.

Sedia

Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.

Senang Diri

Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.

Rehatkan Diri

Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.

Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.

Ke Kanan Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Ke Kiri Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.

Ke Belakang Pusing

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

Buka Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

Tutup Barisan

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan. Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

Langkah Ke Sebelah

Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan,  Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.

Paras

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
*      Paras ahli tinggi di tengah;
*      Paras ahli rendah ditengah;
*      Paras ahli tinggi di kiri; dan
*      Paras ahli rendah di kiri

Keluar Baris

Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

Bersurai

Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.

Wednesday 28 March 2012


Welcome graphic
WHO IS Robert Stephenson Smith Baden Powell
 
Robert Baden-Powell,
Founder of the World Scout Movement,
Chief Scout of the World
Sejarah Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Biodata BP
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941

Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.