Format Asas Sebuah Buku Log
Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover)
Kulit
luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah
rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book
wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau
lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta
pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.
Contoh luar buku log
Halaman pertamaHalaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).
Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :
Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat
Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)
Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut
Halaman kedua
Halaman
kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi
ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan
pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi
kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.
Nota :
Di
masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan
Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin.
Dan kad ini dilekatkan pada buku log.
Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.
Ruangan Catatan di setiap muka surat
Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
(1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
(2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
(3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)
Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.
Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log
Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log
Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log
Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log
Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan
di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah
menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan
penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?
Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
(1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
(2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
(3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
(4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.
Kesimpulan
Apa
yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap
apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari
bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta
seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan
sebagainya).Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli
Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta
penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka
berpengakap.
Sumber :
scoutinginsabah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment