LOGO & BENDERA
MAKSUD LOGO PASUKAN PENGAKAP KELANA G (UNIT LAUT) DAERAH KUALA TERENGGANU
- Terdapat 3 kelopak pada lambang pengakap yang membawa maksud Persetiaan Pengakap iaitu: "Taat kepada TUHAN, Raja dan Negara", "Menolong orang pada setiap masa", "Menurut undang-undang Pengakap".
- Di dalam Kedua-dua kelopak terdapat bintang pecah lima (Berwarna Hijau) menandakan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
- Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap".
- Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah kelopak melambangkan "Kesemua Negeri-negeri dalam Malaysia".
- Sauh dan tali yang terikat padanya menandakan ilmu-ilmu berkaitan perkapalan dan pelayaran adalah bidang yang diterokai dan dipelajari menerusi Pasukan Pengakap Kelana G (Unit Laut).
- Pelampung bermaksud ilmu pertolongan cemas dan keselamatan di laut menjadi salah satu cabang pembelajaran kepada ahli-ahli Kelana Laut G.
- Kuda Laut yang berbentuk seakan "69" mewakili tahun kelahiran bagi dua orang pengasas Kelana Laut G iaitu Mohd Rosdi bin Abd. Razak & Ahmad Fadzil b. Mohd Fahmi.
- 3 baris jalur air yang berolak di belakang Logo Pengakap menandakan 3 cabang pengakap yang ada di Malaysia iaitu Pengakap Darat (Umum), Laut dan Udara di samping warna biru tua pada jalur air tersebut mewakili warna utama Pengakap Laut.
- Warna biru muda di bahagian latar belakang logo melambangkan keamanan.
- Ikatan buku sila yang mengelilingi keseluruhan logo menandakan ikatan persaudaraan yang wujud melalui aktiviti kepengakapan merangkumi keseluruhan Persaudaraan Pengakap Dunia.
- Warna Kuning merupakan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta ianya melambangkan Pengakap tertakhluk kepada Sistem Raja Berperlembagaan.
- Warna Putih mencerminkan peribadi ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G yang bersih dan baik budi pekerti.
- Warna Merah adalah simbol keberanian setiap ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana Laut G dalam menempuhi cabaran dunia dan kesediaan mereka untuk "Berkhidmat Melalui Kepengakapan".
- Selain itu warna Kuning, Hijau, dan Merah yang terdapat pada Logo Pengakap menandakan unit-unit pengakap iaitu "Pengakap Kanak-Kanak", "Pengakap Muda" dan "Pengakap Remaja" yang perlu dibimbing dan dididik oleh Pengakap Kelana.
No comments:
Post a Comment